Tuesday, July 6, 2010

Negeri Patani

Dari sudut persejarahan, Negeri Patani memiliki sejarah yang cukup lama, jauh lebih lama daripada sejarah kerajaan-kerajaan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Patani telah lama wujud sebagai sebuah kerajaan yang agung dan maju dalam pelbagai bidang.

Terdapat bukti-bukti yang menunjukkan kerajaan Melayu purba bernama Langkasuka telah diasaskan sekitar kurun pertama masihi.Paul Wheatly turut menyatakan bahawa Langkasuka terletak di Patani sekarang. Pendapat beliau dikuatkan dengan temuan kepingan batu-batu purba peninggalan kerajaan Langkasuka di daerah Jering dan Pujud.
Kerajaan lama ini menguasai satu kawasan yang luas di sekitar Segenting Kra dan di kawasan dimana Patani sekarang berada.Ini dijelaskan dalam sumber-sumber China sekitar abad ke-6 seperti Lang-ya-hsiu yang merekodkan bahawa telah wujud sebuah kerajaan yang telah diasaskan 400 sebelum itu.Turut dinyatakan dari sumber yang sama bahawa kerajaan tersebut merupakan sebuah kerajaan yang makmur dan ramai penduduknya.

Sejarah lama Patani turut merujuk kepada kerajaan Melayu tua berpengaruh Hindu-India bernama Langkasuka ini sebagaimana dikatakan oleh Paul Wheatley. Ini disokong oleh seorang ahli antropologi sosial di Prince of Songkla University di Patani, Seni Madakul bahawa Langkasuka itu terletak di Patani.

Ini ditegaskan juga oleh John Braddle yang menyatakan bahawa kawasan timur Langkasuka meliputi daerah pantai timur Semenanjung, mulai dari Senggora, Patani, Kelantan sampai ke Terengganu, termasuk juga kawasan sebelah utara negeri Kedah.
Kawasan ini telah didatangi pedagang dari Arab, India dan China sejak sebelum masehi lagi. Seorang pengembara China menyebutkan bahawa ketika kedatangannya ke Langkasuka pada tahun 200 masehi, ia mendapati negeri itu telah lama dibuka.

Sebelum menjadi negeri Islam, Patani atau Langkasuka waktu itu terkenal sebagai kerajaan Hindu Brahma. Rajanya yang terkenal adalah Bhagadatta yang telah membuat hubungan diplomatik dengan kerajaan China pada tahun 515 M. Ketika kerajaan Sriwijaya berjaya menakluki Nakorn Sri Thamarat (sekarang Ligor di Thailand) pada 775 M dan kemudian mengembangkan kekuasaannya ke selatan (Patani), penduduk Patani mula meninggalkan agama Hindu dan memeluk Buddha. Sebuah berhala Buddha zaman Sriwijaya yang ditemui dalam gua Wad Tham di daerah Yala membuktikan transmisi pertukaran agama dari Hindu ke Buddha.

Ketika di bawah pengaruh Sriwijaya inilah Patani mulai menampakkan kemajuan, dengan penduduk yang ramai serta menjadi sebuah kerajaan yang terkenal. Hasil negeri Patani pada waktu itu banyak berasaskan pertanian dan perniagaan. Beberapa pengetahuan bernilai seperti teknik membajak dan berdagang diterima oleh orang Patani dari orang Jawa. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa kerajaan Sriwijaya inilah yang membawa dan mengembangkan bahasa Melayu ke Patani. Nilai ufti yang tinggi yang diberikan pada setiap tahun kepada kerajaan Sriwijaya menunjukkan bahawa Patani ketika itu amat kaya dan makmur.

Abdul Rahman Abdullah berpendapat selepas lenyapnya nama Langkasula, wujud sebuah kerajaan bernama Wurawari yang membawa maksud air jernih.

Asal Usul Melayu

Teori Melayu Proto berasal dari Yunnan disokong oleh R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan Asmah Haji Omar. Melayu Proto (Melayu asli) yang pertama sekali datang mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian sementara golongan kedua, Melayu Deutro yang tiba sekitar tahun 1500 SM dan mendiami pesisir pantai mempunyai kemahiran menangkap ikan yang tinggi. Semasa berlakunya migrasi itu, kedua-dua golongan berkahwin dengan masyarakat-masyarakat dari pulau-pulau selatan seperti Jawa, serta penduduk tempatan yang berasal dari keturunan Australasia dan Negrito.

Antara bukti-bukti lain yang menyokong teori ini termasuklah:

* Alatan-alatan batu yang dijumpai di Kepulauan Melayu sama dengan alatan-alatan dari Asia Tengah.
* Persamaan adat resam Melayu dan Assam.
* Bahasa Melayu dan Bahasa Kemboja adalah serumpun kerana tempat asal orang-orang Kemboja berasal dari sumber Sungai Mekong.

Menurut sejarah Khmer, tamadun terawal ialah tamadun Khmer Funan di Delta Mekong. Empayar Khmer Angkor ialah yang terakhir sebelum mereka mencari perlindungan di pelbagai tempat. Palembang dan Melaka adalah antara tempat berkenaan. Bukti-bukti arkeologi mendapati penduduk awal Kemboja adalah penduduk dari budaya zaman Neolitik. Mereka mahir dalam kemahiran teknikal sementara kumpulan yang lebih maju yang tinggal di pesisir pantai dan lembah Delta Mekong menanam padi.

Teks Melayu tertua

Inskripsi Batu Bersurat Kedukan Bukit tahun 682 yang dijumpai di Palembang dan tulisan tradisional masyarakat minoriti Dai adalah berasal bahasa-bahasa Pallava. Etnik Dai Yunnan adalah salah satu penduduk asal wilayah Yunnan, China.

Hubungan Melayu-Cham

Persamaan Bahasa Cham dan Bahasa Melayu dapat ditemui pada nama tempat-tempat seperti Kampong Cham, Kambujadesa, Kampong Chhnang dan sebagainya. Sejarah Melayu dengan jelas menyebut terdapatnya komuniti Cham di Melaka sekitar tahun 1400. Pada pertengahan tahun 1400 apabila Cham tewas kepada orang-orang Vietnam, lebih kurang 120,000 orang terbunuh dan pada sekitar tahun 1600 Raja Champa memeluk Islam. Pada sekitar tahun 1700 raja Muslim terakhir Champa Pô Chien mengumpulkan orang-orangnya dan berhijrah ke selatan Kemboja sementara mereka yang tinggal sepanjang pesisir pantai berhijrah ke Terengganu.

Tan Lian Hoe, dari Gerakan, turut memperlihatkan kebodohannya. Dan memalukan, ada juga Melayu yang bodoh sejarah, buta geografi dan berlagak seperti pandai lalu mengiyakan pendapat PENGACAU DAUN ini.

Semenanjung Tanah Melayu disebut dalam bahasa Inggerisnya 'MALAY PENINSULA'.

MALAY PENINSULA ialah jaluran tanah dari Utara ke Selatan, iaitu dari sekitar berhampiran BANGKOK hingga ke SINGAPURA. Itu yang termaktub dalam Atlas dunia. Ianya mempunyai latarbelakang sejarah hingga 2000 tahun.

Jangan disamakan dengan pendatang Cina yang baru tiba di sini kurang dari 150 tahun dan pendatang Tamil yang tiba di sini kurang dari 120 tahun.

Jika 2000 tahun bukan merupakan kayu ukur, bangsa Korea boleh dikira pendatang di Semenanjung Korea, bangsa Jepun tidak berhak atas pulau-pulau yang membina negara Jepun. Begitu juga Taiwan, negara itu milik kaum asli yang terpinggir di sudut ceruk pulau tersebut. Jadi, penghujungnya, kita akan kembali kepada frasa " KITA SEMUA PENDATANG" berdasarkan teori "JOURNEY OF MAN"

Tapi dengan menyebut Semenanjung Tanah Melayu sebagai bukan tanah asal orang Melayu adalah tindakan BODOH dan BERUNSUR JAHAT.

DIINGATKAN kepada kaum yang bukan berasal dari DUNIA MELAYU, AWASI mulut anda kerana anda hanya memperlihatkan kebodohan anda dengan mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan fakta dan menggunakannya untuk mencari pengaruh.

Saturday, July 3, 2010

Gangga Negara

Gangga Negara dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu yang hilang dan ada disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung masa kini dalam negeri Perak, Malaysia dengan Raja Gangga Shah Johan sebagai salah seorang rajanya. Penyelidik percaya bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra Chola I dari Coromandel, India Selatan, antara 1025 dan 1026. Sebuah lagi sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa yang dikenali sebagai Hikayat Kedah, Gangga Negara mungkin telah diasaskan oleh anak Merong Mahawangsa, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, yang dikatakan sebagai keturunan Iskandar Agung or atau keluarga diraja Khmer tidak lewat dari abad ke-2.

Jabatan Muzium telah mengkaji kerajaan Gangga Negara dari pelbagai sudut termasuk tradisi lisan yang terdapat di negeri Perak. Muzium Beruas ditugaskan untuk membuat penyelidikan dari sudut arkeologi.

Kerajaan Gangga Negara meliputi Beruas dan Dinding/ Manjung . Terdapat artifak arca-arca Buddha abad ke- 5 dan ke-6 Masehi di Beruas menunjukkan kewujudan Kerajaan Gangga Negara ini. Kerajaan Gangga Negara berpusat di Beruas.

Pengasas Kerajaan Gangga Negara ialah Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah. Pendapat lain mengatakan Kerajaan Gangga Negara dibuka oleh Raja Khmers dari Kemboja.

Kajian lain menyatakan Kerajaan Gangga Negara wujud tidak lewat dari abad ke-2 Masehi. Kerajaan Gangga Negara ini dipercayai terletak di daerah Dinding (Manjong) di kawasan Selatan Gunung Bubu (1657 meter ) arah Timur Bukit Segari di tepi Sungai Dendang. Pendapat ini juga menyebut kemungkinan pusat Kerajaan Gangga Negara berubah-ubah.

Dengan menggunakan jumpaan artifak-artifak purba dan pengaliran cabang Sungai Perak dipercayai pernah berpusat di Pengkalan ( Ipoh ), Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput telah dikatakan sebahagian dari jajahan Kerajaan Gangga Negara.

Kewujudan Kerajaan Gangga Negara dan kemudiannya Kerajaan Melayu Beruas tidak dapat dinafikan oleh penyelidik sejarah pada hari ini. Kedua-dua kerajaan tua yang dikatakan pernah bertapak di bumi Beruas bukanlah suatu dongengan ataupun mitos semata-mata. Ini berikutan beberapa peninggalan kesan sejarah mengenainya yang masih wujud di beberapa kawasan negeri Perak amnya dan Beruas khususnya.

Semua artifak dan gambar berkaitan dengan Beruas dipamerkan di Muzium Beruas.

Mana mana Kerajaan yang mengusai Semenanjung Tanah Melayu akan mengusai laluan perdagangan. itu sebab Siam, Khemer, Funan cuba menguasai Semenanjung Tanah Melayu.

Sultan Alauddin Riayat Shah


Makam Sultan Alauddin Riayat Shah (1) Ibni Sultan Mansur Shah: Makam Sultan Paling Tua Di Negara Kita.

Makam ini terletak di Kampung Raja lebih kurang 6 kilometer dari Pekan Pagoh, sebuah pekan kecil yang terletak kira-kira 45 minit ke utara Muar. Dahulukala orang tidak pernah sedar akan wujudnya makam ini, ada yang tahu ianya hanya sebuah makam tua berbatu nisan Acheh.

Selama hampir lima kurun makam raja yang masyhur itu terbiar sepi tanpa dikunjungi kerana terletak di sebuah kawasan yang agak terpencil.

Tidak dapat dipastikan bilakah sebenarnya makam ini dikesan. Bukti Sejarah terawal menceritakan kisah makam di Bukit Keramat Pagoh ini mula diperkatakan pada tahun 1930, apabila kerajaan Johor atas titah Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar, telah menubuhkan sebuah badan Jawatankuasa untuk menyiasat dan menyingkap sejarah makam tua di Pagoh ini.

Tiga orang tokoh yang diberi mandat oleh Kerajaan Negeri terdiri daripada, Tengku Abd.Hamid bin Tengku Abd.Majid (Timbalan Penguasa Pelajaran Johor), Sayid Abd.Kadir bin Mohsin Al-Atas (Mufti Kerajaan Johor pada waktu itu) dan Haji Muhammad Amin bin Ahmad ( Amil Zakat Johor).

Jawatankuasa tersebut melaporkan telah membuat kajian dari segala macam aspek untuk memastikan susur galur makam tersebut sehinggakan kepercayaan orang ramai di Daerah Keramat, Pagoh diambil perhatian berat.

Kepercayaan itu menyatakan ada dua buah makam yang menggunakan batu nisan Acheh itu adalah Kubur Raja Merlang dan adik perempuannya. Ini berasaskan Sejarah Melayu yang ada menyebut, setelah Inderagiri di Minangkabau dikalahkan oleh Melaka, anak rajanya yang bernama Raja Merlang dan adiknya telah dibawa ke Melaka sebagai tawanan perang.

Batu nisan yang terukir nama Sultan Alauddin Riayat Shah I ibni Sultan Mansur Shah di Pagoh


Sultan Mansur Shah ( 1456-1477), Sultan Melaka yang bertakhta pada masa itu telah berkenan kepada Raja Merlang yang menunjukkan taat setianya kepada baginda lalu dikahwinkan dengan adianda baginda yang bernama Puteri Bakal.

Sementara adik perempuan Raja Merlang telah dikahwinkan dengan putera Sultan Mansur Shah, yang bernama Raja Hussien, (kemudiannya naik takhta dengan memakai gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah I).

Potret Sultan Alauddin Riayat Shah


Berdasarkan catatan sejarah, andaian dibuat bahawa Raja Merlang serta isterinya pasti telah mengikut sewaktu Sultan Alauddin dengan Permaisurinya berangkat ke Pagoh sekitar tahun 1485. Bagaimanapun apabila kajian sejarah berkaitan peristiwa yang menyebabkan Sultan Alauddin Riayat Shah I meninggalkan Melaka serta keyakinan di sebalik peristiwa itu dengan panduan tarikh serta tempat, akhirnya dibuat pengisytiharan bahawa makam tua itu sebenarnya milik Sultan Alauddin Riwayat Shah I, putera Sultan Mansur, Sultan Melaka yang ke 7, yang naik takhta di Melaka pada tahun 1477 dan mangkat di Pagoh pada tahun 1488.

Keyakinan terhadap makam Sultan Melaka itu semakin terang apabila bukti-bukti terbaru ditemui pada tahun 1964, berupa pecahan-pecahan pinggan mangkuk lama yang dipercayai zaman Maharaja Ming yang memerintah pada kurun yang ke 14, sezaman dengan Sultan Alauddin Riayat Shah.

Penemuan bersejarah itu berlaku sewaktu kerja-kerja menggali tanah untuk membina masjid dijalankan berhampiran makam Sultan Melaka itu. Sekaligus menyakinkan ditapak iitulah dahulunya terletaknya Istana Sultan Alauddin Riayat Shah I.

Masjid Kg Raja Pagoh- di tapak inilah dipercayai tapak asal Istana Sultan Alauddin Riayat Shah I


Mangkuk-mangkuk Maharaja Ming itu dipercayai telah dihadiahkan oleh Maharaja China semenjak zaman Parameswara lagi berikutan kedatangan Laksamana Ying Ching ke Melaka pada tahun 1405 dan diwarisi turun temurun.

Apabila Sultan Alauddin Riayat Shah I telah memutuskan untuk berpindah ke Pagoh, baginda dipercayai telah mengarahkan supaya pinggan mangkuk tersebut dibawa bersama-sama.

Menceritakan perihal Sultan Alaudin Riayat Shah I ini, banyak tercatat dalam sejarah yang menyatakan baginda sebenarnya merajuk dan kecewa di atas sikap orang-orang besar Istana yang telah mabuk harta dan tidak menjalankan tugas denagn sempurna.

Walaupun di zaman baginda, Tun Perak sebagai Bendahara baginda, tetapi gelaja rasuah telah menjadi-jadi dan teramat susah untuk dihapuskan, membuatkan baginda mengambil keputusan untuk berehat di Pagoh kira-kira dalam tahun 1484, empat tahun sebelum kemangkatan baginda dalam usia yang masih muda, tidak sampai 50 tahun.

Sebagai seorang Sultan yang adil dan sangat mengambil berat perihal rakyat, baginda pernah menyamar diri di malam hari untuk menyiasat sendiri setelah kejadian rompakan menjadi-jadi, sedangkan pembesar yang diamanahkan gagal mengawal keamanan. Baginda diceritakan telah berlawan dengan 4 orang perompak dan berjaya telah membunuh mereka.

Ada juga catatan sejarah menyatakan, baginda berundur ke Pagoh kerana mengalami penyakit yang sukar diubati, dipercayai disantau. Atas nasihat pembesar negeri baginda bersetuju untuk bersemayam di Pagoh, disamping berusaha untuk berubat.

Sepanjang pemerintahan baginda Melaka yang masyhur itu terus diamanahkan kepada Tun Perak, Bendahara Melaka yang masyhur semenjak zaman Sultan Muzaffar Shah lagi. Sementara putera baginda, Raja Mahmud yang sedang remaja dilantik sebagai bakal raja dengan asuhan Tun Perak.

Malangnya Tun Perak telah meninggal dunia tidak lama kemudian iaitu pada tahun 1488 dan dalam tahun yang sama juga Sultan Alaudin Riayat Shah (I) sendiri mangkat tanpa sempat menurunkan wasiat.


Sejarah Olak sepam

Yang pasti, Kampung Olak Sepam itu membawa kepada Kuala Sungai Pagoh yang bertemu dengan Sungai Muar. Di sini ada kesan sejarah lamanya yang tersendiri kerana daripada Sungai Pagoh lah seseorang itu boleh menaiki sampan (mungkin juga kapal) untuk masuk ke Kampung Raja di mana pernah bersemayamnya seorang Sultan Melaka yang dinyatakan sebagai seorang wali Allah terpilih, Sultan Alauddin Riayat Shah.
Masjid Lama Kampung Olak Sepam