Wednesday, February 18, 2009

Rumpun Melayu

Bangsa Melayu adalah nama khas bagi satu kelompok suku bangsa di sekitar Kepulauan Melayu ataupun nama am bagi pel­bagai kelompok serumpun bahasa di kalangan kelompok Bahasa Melayu-Polinesia (Austronesia). Sebagai nama khas, kelompok suku bangsa ini mendiami wilayah-wi­layah Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, selatan Thailand, pesisir timur Pulau Sumatera, pesisir Pulau Borneo dan wilayah-wilayah lain di Kepulauan Melayu (Nusantara) serta kawasan penghijrahan mereka di se­luruh dunia. Mereka adalah penutur teras bahasa Melayu. Sebagai kelompok am, bangsa Melayu terdiri daripada pelbagai suku bangsa yang juga menjadi penutur bahasa Melayu dan penutur bahasa-bahasa rumpun Melayu. Mereka terdiri daripada semua suku bangsa di seluruh Alam Melayu - dari Filipina hingga ke Irian, Sumatera dan Kemboja. Dalam pengertian yang lebih luas, Melayu me­rangkumi semua penutur bahasa Melayu dalam kelompok Bahasa Melayu-Polinesia.[1]

Bila disebut pula rumpun Melayu, maka terdapat berbagai-bagai istilah yang digunakan oleh para penyelidik. Terdapat istilah yang menyebut bangsa Melayu Inti yang mana ia merangkumi negeri-negeri Melayu Islam iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, selatan Thai dan juga selatan Filipina.[2] Ada juga sarjana yang menamakan “Nusantara” yang mana ia meliputi seluruh kepulauan Melayu iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Filipina. Namun demikian terdapat sarjana-sarjana yang menggunakan istilah Melayu yang lebih luas lagi iaitu Melayu Polynesia yang mana ia merangkumi dari pulau Madagascar[3], Nusantara hingga Kepulauan Hawai di Timur, malah sehingga merangkumi pulau Ester di barat Chile dan juga New Zealand di selatan. (lihat peta 1.1).
1.1. Dunia Melayu Polinesia[4]

Dari segi linguistik, bangsa Melayu adalah sekumpulan penutur bahasa yang terdapat di seluruh Kepulauan Asia Tenggara sehingga ke Pulau Guam dan Taiwan di utara, Selatan Vietnam dan Kemboja di daratan Asia, Pulau Ma­lagasy di Lautan Hindi dan Irian di sebelah timur. Ka­wasan bahasa ini dikenal sebagai kawasan bahasa dan digabungkan dengan seluruh penutur bahasa di Lautan Pasifik untuk menjadi kumpulan bahasa dunia yang dikenal sebagai Kelompok Melayu-Polinesia (sekarang disebut juga dengan makna yang agak salah sebagai Austronesia-kawasan selatan).

Dari segi etnologi pula, bangsa Melayu bermakna kelompok ma­syarakat yang mengamalkan sistem kemasyarakatan dwi­sisi dan kegenerasian yang termasuk juga golongan Eskimo serta pelbagai masyarakat di Lautan Pasifik. Go­longan ini tergolong dalam kelompok bangsa Mongoloid, termasuk semua suku bangsa di benua Asia, Eskimo, kelompok India-Amerika, dan beberapa kelompok di Lautan Pasifik. Bangsa Mongoloid dicirikan oleh sifat umum tubuh badan yang sederhana tinggi (sedikit ren­dah daripada bangsa Kaukasoid dan lebih tinggi daripada beberapa kelompok Negroid), berkulit antara kekuningan hingga coklat (sawo matang), berambut lurus hingga ber­ombak, berwajah kebulatan, berkepala agak leper dan berhidung agak kembang. Bangsa ini berbeza daripada bangsa Kaukasoid yang terdapat di Eropah, Asia Barat, utara-India dan Amerika. Mereka berbeza juga daripada bangsa Negroid yang terdapat di Afrika dan Lautan Pa­sifik.[5] Perkara ini dipersetujui oleh Hamka dalam buku yang bertajuk “Sejarah Umat Islam”, mengatakan bahawa orang Melayu itu tingginya lebih kurang enam kaki, kulitnya sawo matang dan rambutnya tidak lurus dan tidak pula kerinting iaitu ikal mayang.[6]

Tidak dapat dinyatakan dengan pasti waktu sebenar nama 'Melayu' itu kekal menjadi;nama kelompok ini. Namun, mengikut pelalayar-pelayar dari negeri China mengatatakan bahawa terdapat satu tempat yang bernama Melayu di Timur Sumatera.[7] Tradisi sejarah suku bangsa Melayu dipercayai berasal dari selatan Sumatera pada zaman kerajaan Sriwijaya (600­1300) dan mencapai - penegasan makna pada zaman Melaka (1400-1699) dengan terdapatnya tulisan sejarah tentang bentuk pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Melayu. Kewujudan suku bangsa dan bahasanya telah lama dibuktikan oleh pelbagai batu bersurat di Jambi, Palembang, Minangkabau dan Aceh yang mengguna­kan bahasa Melayu dalam tulisan Kawi, yang berasal daripada tulisan Palawa dari abad ke-4 M. hingga abad ke-7 M.

Penghijrahan Bangsa Melayu, dalam erti linguistik sejarahan dan etnologi, dikatakan telah lama melakukan penghijrahan dalarn perjalanan mereka mendiami Ke­pulauan Melayu (Nusantara) dan Lautan Pasifik. Sejak zaman prasejarah lagi, kelompok yang berasal dari selatan China telah berpindah ke kawasan Vietnam dan Kemboja dan juga ke Taiwan menuju ke Kepulauan Melayu serta Lautan Pasifik. Arah perjalanan yang beransur-ansur mengikuti jalan laut itu membawa mereka ke Filipina, ke Kyushu di utara dan Guam serta pulau di timur hingga ke Kepulauan Mikronesia, Melanesia dan akhirnya Polinesia. Ke selatan, mereka menempuh Pulau Borneo, Semenan­jung Tanah Melayu, Sumatera, Jawa dan Nusa Tenggara serta ke Pulau Malagasy.

Penghijrahan pada zaman prasejarah dapat dilihat daripada bukti kajian linguistik sejarahan dan arkeologi. Para ahli linguistik perbandingan mendapati beberapa tahap perhubungan berlaku antara bahasa di seluruh Lautan Pasifik, termasuk Kepulauan Melayu, Malagasy dan bahasa Cam di Vietnam. - Berasaskan tahap perhu­bungan inilah digolongkan sekalian bahasa itu ke dalarn tiga kelompok:
· Kelompok utara: Terdiri daripada bahasa-bahasa For­mosa, Filipina, Palau, Marianas, Sulawesi Utara, be­berapa bahasa Borneo, pulau di sekitar Sumatera dan Malagasy.
· Kelompok barat: Terdiri daripada bahasa-bahasa Su­matera, Jawa, Bali, Borneo Selatan, Semenanjung Tanah Melayu, Cham, dan beberapa kelompok kecil di daratan Tenggara Asia.
· Kelompok timur: Terdiri daripada bahasa-bahasa dari Sumbawa ke timur dan utara Irian.
Bahasa-bahasa kepulauan Melanesia, Polinesia dan Mikronesia, kecuali bahasa-bahasa Palauan dan Chamoro, terdiri daripada satu kelompok bahasa kuno Austronesia. Bersama-sama dengan bahasa kuno Melayu, kedua-dua­nya membentuk sebuah bahasa kuno Melayu-Polinesia. Kelompok kuno Polinesia dijangkakan berasal dari Asia Tenggara dan berhijrah ke Polinesia melalui jalan utara di Formosa. Sekumpulan lagi mengalih ke selatan menuju ke Irian dan terus ke timur dan Melanesia. Sekitar tahun 1500 SM, kelompok Melayu-Polinesia telah tersebar luas di seluruh Nusantara, Filipina, Formosa dan kemudian di Melanesia.
[1] Wan Hashim Wan Teh, 1991. "Rumpun Melayu di Luar Nusantara" dim. Runzpun, Bil. 3, him. 1-65.
[2] Lihat Ismail Husein, Wan Hashim Wan Teh dan Ghazali Shafie, (1997) dalam buku yang bertajuk Tamadun Melayu, menyosong abad kedua puluh.
[3] Dikenali juga dengan nama Malagasi. Penghijrahan rumpun Melayu berlaku pada zaman kerajaan Sri Vijaya. Bangsa Melayu telah berjaya membina sebuah Kerajaan Merina yang mampu bertahan selama kira-kira 400 tahun.
[4] Ibid, m.s 94
[5] Lihat Linton, R. 1955. The Three o f Culture. New York: Vintage Books.
[6] Lihat Hamka dalam Sejarah Umat Islam.
[7] Hashim Hj Musa (2004), Pemerkasaan tamadun Melayu Malaysia: Menghadapi Globalisasi barat. Penerbit Universiti Malaya.